Risiko Kredit Berstokastik dengan Kadar Inflasi
Abstract
Kajian ini adalah merupakan lanjutan daripada kajian oleh Nurfadhlina Binti Abdul Halim (2004).
Kajian adalah memodelkan risiko kredit bagi bon korporat berkadar faedah tetap dengan kaedah
stokastik. Pendekatan ini digunakan bagi mendapatkan kebarangkalian kemungkiran dan jangkaan
masa sebelum berlakunya kemungkiran bon korporat yang berisiko dan mengesahkan intuisi awal
pelabur adalah benar. Kebarangkalian kemungkiran dan jangkaan masa sebelum berlakunya
kemungkiran adalah berguna dalam meminimumkan kerugian kerana dengan mengetahui
kebarangkalian kemungkiran, pelabur dapat membuat penilaian dan pilihan pelaburan yang lebih
bermanfaat pada masa itu dan dapat mengurangkan risiko kerugian dalam pelaburan. Model risiko
kredit dalam kajian ini dibina dengan mengambil kira kebergantungan di antara penarafan kredit
bon korporat (dimodelkan dengan proses rantai Markov) dengan keadaan yang ditentukan
berdasarkan kadar inflasi serta premium risiko.

Full Text:
PDF (Bahasa Indonesia)DOI: https://doi.org/10.29313/jstat.v6i1.929
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright Notice
STATISTIKA is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.