Carta Kawalan XmR Dan Median : Satu Penyelesaian Untuk Data Pencong

Norizan Mohamed, Wan Muhamad Amir Bin W Ahmad, Rinner Masli

Abstract


Carta kawalan banyak digunakan dalam kawalan mutu berstatistik. Tujuan menggunakan carta
kawalan ini adalah untuk memastikan sesuatu proses berada dalam keadaan terkawal dan stabil
sepanjang masa secara grafik. Carta kawalan ini terdiri daripada had-had kawalan iaitu, had
kawalan atas, had kawalan tengah dan had kawalan bawah. Untuk mengetahui sesuatu proses
tersebut adalah terkawal, kesemua titik yang mewakili variasi dalam sesuatu proses berada di dalam
lingkungan had atas dan had bawah. Jika terdapat titik yang terkeluar daripada had kawalan atas
mahupun had kawalan bawah, maka proses tersebut dikatakan tidak terkawal dan tidak stabil.
Salah satu penggunaan carta kawalan yang meluas ialah carta kawalan XmR iaitu X mewakili nilai
individu manakala mR mewakili peralihan julat. Untuk memastikan sesuatu proses tersebut berada
dalam keadaan terkawal dan stabil, anggapan kenormalan mestilah dipenuhi. Namun demikian,
kebanyakan proses pengeluaran menghasilkan data yang pencong dan ini menyebabkan proses
tersebut tidak terkawal dan tidak stabil. Oleh itu, satu pendekatan berdasarkan kuasa penjelmaan
akan turut dibincangkan dalam kajian ini.



DOI: https://doi.org/10.29313/jstat.v7i1.948

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright Notice

Creative Commons License
STATISTIKA is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License